Thursday, 1 March 2012

Rukun Penyembuhan

Rukun Perubatan Jawi

HEALING COMMANDMENTS
Konsep Perubatan Jawi mempunyai beberapa rukun penyembuhan.
Seorang pesakit perlu dibimbing untuk memenuhi semua rukun-rukun penyembuhan
tersebut supaya mendapat hasil optimal dan khasiat herba yang diambil. Rukun
Penyembuhan tersebut adalah:-

  • Keyakinan.

  • Amalan yang berterusan.

  • Munculnya krisis penyembuhan (Healing Crisis).

  • Dosis yang mencukupi.

KEYAKINAN


Pertama kali, harus
ditanamkan kepada pesakit mahupun perawat bahawa setiap penyakit itu pasti ada
ubatnya dan ubatan herba yang diberikan kepadanya merupakan ubatan yang berkualiti.
Keyakinan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan pintu pemnyembuhan yang perlu
dibuka terlebih dahulu. Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalaman yang amat penting
untuk membantu mengembalikan sistem imuniti. Pengambilan herba dalam keadaan yang tidak
yakin akan membuahkan usaha yang sia-sia.

AMALAN BERTERUSAN


Ertinya kita harus istiqomah dan sabar
menantikan tubuh yang sedang menjalani proses penyembuhan melakukan perbaikan ke seluruh tubuh
secara menyeluruh (total healing). Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dari makanan
harian yang mengandungi toksid (zat beracun), maka sudah semestinya pengambilan herba menjadi perkara
rutin dalam kehidupan seharian. Penyakit timbul setelah sekian lama gangguan organ terjadi. Begitu juga ubat
memerlukan tempoh atau waktu untuk menjalani proses pemulihan sel-sel yang telah rosak.

KRISIS PENYEMBUHAN

Krisis penyembuhan
(healing crisis) adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja yang dikenali sebagai
Direction of Cure (DOC). Beberapa DOC yang muncul akibat penggunaan herba antara lain:-
a)

Bertambah keluar penyakit.
Seringkali kita menjumpai seseorang yang menggunakan herba mengalami healing crisis,
dimana nampak semakin bertambah penyakit yang keluar, seperti perempuan yang mengalami keputihan,
jerawat dan lain-lain.
b)

Berpindah penyakit dari bahagian tertentu kepada bahagian yang lain.
Kita juga sering lihat perubahan beberapa penyakit seperti orang yang menderita asma setelah
mengkonsumi herba mengalami gatal-gatal di kulit.
c)

Terasa sakit di bahagian pinggang dan telapak kaki.
Sistem
saraf yang mempengaruhi keadaan ini dimana rasa sakit akan terasa seolah-olah
berpindah turun ke bawah terutama di sekitar pinggang dan langsung ke telapak
kaki. Telapak kaki dihubungkan ke wilayah refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.
d)

Mengulangi sejarah kesakitan.
Pengulangan simtom yang tidak disedari telah keluar di suatu masa dahulu.

DOSIS YANG MENCUKUPI


Penggunaan herba yang tepat haruslah disesuaikan dengan berat badan pesakit.
Dalam hal ini perbandingannya adalah 10kg : 1 gm, ertinya setiap berat badan 10kg memerlukan
1 gram herba ubatan yang harus dikonsumi.

No comments:

Post a Comment